Air Mata Bahagia
Wanita, isteri dan ibu hebat seorang yang OKU.
" Terima kasih Kak Faridah. Murni baru keluar dari Pusat Zakat Selangor, dulu Murni datang ke Pusat Zakat untuk memohon zakat. Tetapi hari ini Murni datang ke Pusat Zakat Selangor untuk membayar zakat. Murni baru sahaja membayar zakat RM400 untuk bayaran zakat perniagaan untuk Julai." Dan serentak itu saya juga menangis, air mata bahagia tumpah tiba-tiba. Saya pasti itu esak tangis Murni juga adalah air mata bahagia. Sungguh terharu dengan tangis kebahagiaan Murni.
Saya kenal Murni sejak 2014. Dia sentiasa merasa kagum dengan kejayaan saya. Perlahan-lahan dia mendekati saya. Murni seorang wanita dan ibu yang sangat special. Sebelum ini Murni sentiasa merasa rendah diri dengan kekurangannya. Dia kurang keyakinan diri.
Bermula tahun 2015, ketika itu dia mula ikut saya dalam banyak kelas ilmu. Kemudian Murni nak belajar bisness dengan saya dan follow saya dalam business di Maxxima. Murni seorang wanita dan ibu yang rajin. Tetapi rasa kurang yakin kepada diri sendiri masih menebal. Ketika di dalam bisness itu, Murni pernah merasa income paling tinggi RM2000 lebih sahaja. Katanya dia tidak pernah merasa income lebih RM3000. Hanya dua ribu lebih sahaja. Pun begitu syukur, Murni terus belajar dan berusaha memperbaiki dirinya.
Dia terus berusaha. Di samping saya terus-terusan memberi keyakinan bahawa dia wanita hebat yang mampu mengubah hidup dan keluarganya. Sebagai ibu, Murni selalu ingin memberi yang terbaik untuk keselesaan dan kebahagiaan anak-anaknya seramai tiga orang.
Apabila saya bersama AG Nutrition, Murni dengan begitu berani turut mengambil keputusan nekad untuk ikut saya dan meninggalkan Maxxima. Katanya dia perlukan mentor dan Murni yakin saya sebagai mentor yang akan terus membimbingnya. Langkah dan keberanian Murni kali ini benar-benar mampu mengubah hidupnya. Saya sangat terharu dengan semangat dan jiwa kental Murni. Rasa begitu kagum dengan kegigihannya.
Tahniah Murni, betul-betul Transforming People. Murni beesama-sama buat AG Nutriton baru tiga bulan lebih. Income terkumpul lebih RM50 ribu. Menakjubkan, perubahan demi perubahan hidup yang Murni alami. Baru sahaja membeli kereta baru Aruz berharga lebih RM73 ribu. Dan berpindah ke rumah baru dengan harga lebih RM450,000.
Malahan Murni menjadi pembayar zakat RM400 untuk hasil perniagaan bulan Julai. Dulu Murni adalah pemohon zakat, kini Murni menjadi pembayar zakat kpd Pusat Zakat Selangor. Tahniah Murni. Apabila kekurangan diri ditukar menjadi kekuatan untuk murni bangkit dan berjaya.
Kejayaan Murni sebagai OKU menjadi inspirasi untuk kita turut berjaya. Hebat...Miracle Team sangat-sangat berbangga dengan kejayaan Murni. Ia menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada yang lain. Saya doakan kejayaan yang lebih besar untuk Murni. Anda layak untuk menjadi pemenang kehidupan. Anak-anak dan suami pasti berbangga dengan kejayaan ini. Love u Murni...❤️❤️❤️❤️
Jika Murni boleh, kita juga pasti boleh. Sekali anda hulurkan tangan, pasti kami akan menyambutnya untuk membimbing anda.
Layari www.miracleteam.my
Layari www.agnutritioninternational.com
#miracleteam #AGNutrition #AGCera #ikonusahawanwan
No comments:
Post a Comment